Monday, June 29, 2009

wahai sahabat..

NUKILAN UKHWAH.

Dalam dunia ini kita tidak mempunyai sesiapa kecuali diri sendiri..tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita..

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti- nanti..kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, "memaksa" dia menerima alasan kita. Waktu itu terfikirkah kita tentang perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa..tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang- kadang terlupa kawan kita juag ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut..ada rasa bimbang..sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perluakn kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tak setabah yang kita sangka. Disebalik senyuman itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu..tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Renungilah wahai insan yang bergelar sahabat..peringatan buatku dan semua yang bernama sahabat..

Monday, May 18, 2009

SELAMAT HARI GURU

selamat hari guru buat semua guru- guru Sekolah Kebangsaan Sg Nibong dari tahun 1992- 1997,
Sekolah Agama Menengah Pasir Panjang, Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Lima dan semua tenaga pengajar Sarjana Muda Pendidikan Islam Universiti Malaya..
dari anak muridmu..siti wahkhidah 1985.

Saturday, May 9, 2009

DARI ANAKMU...

KHAS BUAT EMAK DAN IBU MERTUAKU SERTA SEMUA IBU DI DUNIA INI..

Awal kalam, sebagai anak saya nak ucapkan SELAMAT HARI IBU kepada emakku PN. SITI ZABIDAH bt TUGIMAN, ibu mertuaku PN. ROSMAH bt DANI dan semua ibu- ibu didunia ini..

Sesungguhnya tiada satu harta atau kekayaan sekalipun yang boleh menggantikan adanya kalian dimuka bumi ini untukku cium tangan dan kucup pipi mulusmu..

Buat emak, kakwa tahu seribu kesusahan dan kepayahan yang emak dan abah harungi untuk membesarkan kami anak- anak..dan kini, tinggal sedikit waktu lagia kan ku gapai cita- citaku dan menunaikan niat dihatiku untuk membahagiakanmu emak..

Ku panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana memberikanku seorang emak yang sentiasa mendoakan kami anak- anak....sehinggakan saya tidak pernah rasa sunyi dan sepi walau berada jauh menuntut ilmu meninggalkan suami dan seorang anak..

Melihat wajahmu, saya menjadi terlalu ghairah dalam mengejar cita- cita dan cinta kepada Ilahi..

Emak, kakwa tahu..seribu dan mungkin lebih daripada itu harapan dan hasrat emak untuk melihat kami anak- anak berjaya..

Emak, berilah kakwa waktu untuk membuktikannya..tunggulah kejayaanku emak untukku singgahkan dihati dan sisa hidupmu...

Emak..kakwa juga telah menjadi seorang ibu..

Kakwa tahu apa ada dalam hatimu dikala semua anak- anak sibuk mencari keduniaan...

Tapi kakwa lebih jelas bahawa doa emak tidak pernah lupus dalam perjalanan hidup kami sekelian..

Emak, apa yang berlaku tahun ini memberi cabaran yang hebat pada dirimu...namun..ketabahanmu memang tidak perlu kakwa ragui..

Emak..selamat hari ibu untuk setiap hari dalam kehidupanmu..

Kakwa sayang emak dan abah...

Buat ibu mertuaku..terima kasih kerana sentiasa menerima kehadiran diri yang terlalu banyak kelemahan dan kekurangan ini..

Terima kasih kerana terlalu ingin berkongsi suka duka dalam kehidupanku sebagai menantu..

Bersedialah menadah tangan menerima kebahagiaan yang inginku berikan kelak..

Ibu..saya sayang kamu...jagalah kesihatanmu dan carilah akhiratmu...agar kami meneladanimu..

sepatah dua kata dari guru praktikal..

walaupun hati hiba meninggalkan suami dan anak tersayang namun tuntutan agama itu lebih memberikan kebahagiaan dan kekuatan dalam jiwa ini..

renunglah wahai insan sekelian alam...
  • pepatah arab: apabila kita membuka sekolah ia menutup pintu penjara
: sesiapa yang menanam duri dia tidak akan menuai anggur
  • imam syafie : sebesar manapun sekalipun sebuah negara itu, ia tidak akan bernilai penduduknya tidak berilmu, apabila dibandingkan dengan negara kecil yang rata- rata penduduknya berilmu...
  • pepatah cina : dengan membaca kita temui rumah emas dan gadis jelita.
saya hanyalah ingin berkongsi sesuatu yang kita mungkin tidak ketahui...

Thursday, March 26, 2009

terimalah ustaz...

TERIMALAH JAWAPAN SAYA…

Assalamualaikum w.b.r Ustaz Mohd Azrul Azlan.

Refleksi 1:

Dalam mengharungi dunia pendidikan di abad 21, sebagai seorang guru dia perlu memberi sarapan, makan tengahari dan malam serta diet yang seimbang agar mantap dan berusaha dalam menghadapi cabaran kemahiran abad 21 iaitu "IT dan TEKNOLOGI".Ini adalah kemahiran abad 21 yang perlu ada dalam diri setiap individu guru.

Tidak salah jika saya katakan bahawa guru sendiri perlu pikul 2 buah beg kiri dan kanan bahu, di sebelah kanan pikul laptop dan sebelah kiri pikul LCD. Maksudnya disini, guru perlu membeli sendiri dan dengan duit sendiri 2 teknologi tersebut iaitu laptop dan LCD.Guru perlu sedar bahawa tidak semua sekolah menyediakan kemudahan LCD dan komputer. Guru juga perlu ada target dalam mencapai kejayaan dalam profesion yang diceburi.

Bagi mencapai hasrat Negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad 21 iaitu budaya mesra IT dan Teknologi, guru perlu tanamkan rasa ingin tahu dalam diri dan berusaha menjadi yang terbaik antara yang terbaik dengan bantuan IT dan Teknologi serta berusaha membawa generasi abad 21(pelajar) kepada satu perubahan gaya pembelajaran.

Refleksi 2:

Pelbagai kekangan dan alasan yang sering kita dengar tentang penggunaan ICT dikalangan guru- guru sekolah. Adakalanya benar dan adakalanya hanya alasan kerana malas. Ini juga ada berlaku disekolah taraf "Bestari".

Oleh itu, langkah yang perlu di lakukan untuk membantu guru- guru supaya bersedia membudayakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dan memanfaatkan ICT disekolah secara maksimum.

1. Membuat "pilot test" iaitu mengambil dan mengawal sebuah kelas untuk mencapai target bahawa dengan penggunaan ICT bil hikmah maka proses pengajran dan pembelajaran lebih mudah dan keputusan murid akan meningkat.

* walaupun akan ambil masa yang lama, pasti berjaya!

2. Mengaplikasikan semua kemahiran ICT disekolah bermula daripada membuat Rancangan Pengajaran Harian, Rancangan Pengajaran Tahunan, bahan bantu mengajar dan seterusnya data pelajar didalam kelas. Secara tidak langsung guru lain akan melihat dan mengikut.

3. Pastikan diri sendiri benar- benar mahir dalam penggunaan ICT.

4. Mewujudkan minggu ICT dan saya akan bertindak sebagai orang penting dalam program tersebut. Contohnya, mengadakan pertandingan bagi setiap panitia matapelajaran supaya membuat koswer dan sebagainya.

* seandainya ada masalah saya akan merujuk ke ustaz la.

5. (idea gila-gila) Tryla masuk mana- mana pertandingan rekacipta menggunakan ICT dan jika ada sijil tunjuk la sikit. Gunalah psikologi sikit.

Refleksi 3:

1. Ciri- ciri dan kemahiran yang ada pada diri saya untuk mengawal proses pembelajaran secara atas talian:

· Ilmu psikolgi. Bagi tujuan melihat tahap dan kemampuan pelajar.

· Sentiasa berusaha menjadi guru yang kreatif dan kritis bagi menarik minat pelajar.(saya sedang ambik kursus kemahiran kreatif dan kritis sem ni).

· Komunikasi.

· Menggunakan formula "must know, should know and nice to know" sebagaimana yang ustaz ajar. So, pelajar akan tercabar.

2. Bahan atau sumber yang perlu disediakan oleh tutor/pensyarah supaya saya mampu mengawal proses pembelajaran atas talian ialah, tutor/ pensyarah berkongsi lebih banyak link2 dan memberi penjelasan setiap tugasan secara komunikasi lisan secara jelas sebelum di publish ke moodle atau p&p secara atas talian.

3. Perkara-perkara yang perlu dibuat oleh seorang guru untuk membantu murid meningkatkan kawalan proses pembelajarannya secara atas talian ialah sentiasa berhubung dan memberi respon yang diberikan sangat penting bagi menarik minat semua murid. Gaya pengajaran secara penyayang dan toleransi adalah salah satu aspek penting dalam mengawal dan mengurus P&P secara lisan atau atas talian.

Refleksi 4:

1. Apakah pendapat/persepsi anda apabila diberitahu bahawa anda dikehendaki untuk menyiapkan satu koswer yang menggabungkan semua elemen-elemen multimedia?

2. Pada pendapat anda adakah projek ini akan dapat membantu anda ketika anda menjalani praktikum nanti?

Jawapan saya:

1. Persepsi awal, sebenarnya saya dah biasa dengan assignment setiap sem tapi bila ustaz sebut koswer macam jenama "Cosway", so confuse sikit.(biasala). Tetapi, lepas ustaz bagi penjelasan step by step melalui komunikasi lisan dan dalam moodle, kekaburan dapat diatasi. Lebih- lebih lagi, ustaz dah ajar banyak kemahiran start daripada hyperlink sehinggalah "delicious". Masa agak singkat bila kemahiran dan ilmu baru yang ustaz ajar nak masukkan dalam koswer tu. Tapi alhamdulillah, boleh adaptasi dalam projek. Perkara pertama yang saya cakap pada kawan- kawan, "kita berusaha buat koswer yang berkaitan dengan bidang kita" , seolah- olah bahan untuk p&p secara atas talian atau dalam kelas.

2. Projek ini sangat membantu namun kami perlu pandai relatekan dengan profesion kami dan tidak salah jika digunakan untuk membuat pengisian program bersama pelajar atau masyarakat.

Namun, sewaktu praktikal sangat mustahil kami akan dapat bookong bilik komputer dan LCD untuk p&p. Tetapi, next time bila dah mengajar betul, dah pengesahan jawatan, tidak salah sekiranya kita beli sendiri laptop dan LCD untuk dijadikan bahan bantu mengajar untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran secara atas talian dan koswer seperti cd dan sebagainya.

3. Ya, saya rasa perlu diubah kaedah penilaian menggunakan bintang kepada kaedah pemberian gred A,B,C dan D. Starndad level sebagai pelajar universiti. Seingat saya, kaedah bintang ustazah saya gunakan semasa kami dalam darjah 1 sampai 3. Bila melihat bintang satu atau separuh, perasaan akan down. Apapun, setiap kaedah ada kekuatan dan kelemahan. Perlu merujuk kepada keupayaan dan kemampuan pelajar dan motivasi pelajar.

Refleksi 5:

Sebenarnya, sukatan pelajaran yang terdapat dalam subjek Multimedia dalam Pendidikan Islam tidak perlu diubah kerana sukatan memenuhi keperluan pelajar tetapi masa yang diambil untuk memenuhi satu- satu topik amatlah singkat.

Masa dan sukatan harus diperbaiki dan dikaji semula.

Maas salamah wa ilal liqa'.

Tuesday, March 24, 2009

renungan pendidik(PENGURUSAN BILIK DARJAH)

PENGENALAN.

Di dalam bilik darjah, selain mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid- murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif, mengurus bahan- bahan pengajaran dan sebagainya.

Kecekapan guru dalam menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yanag baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Pelbagai kekangan dan permasalahan yang akan wujud dalam bilik darjah. Oleh itu keperluan dan kesedaran tentang pentingnya pengurusan bilik darjah perlu ada dan ditanam di dalam dada semua insan yang bergelar pendidik.

DEFINISI PENGURUSAN.

Istilah pengurusan mempunyai berbagia-bagai takrif. Seperti bidang-bidang pengajian dan pendidikan yang melibatkan manusia, istilah pengurusan sukar untuk ditakrifkan bagi membolehkan ia diterima secara umum.

Mary Parker Follett, seorang pelopor pengurusan klasik mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui sumbangan orang lain.[1]

Takrif pengurusan yang diberi oleh Follett ini banyak didapati dalam buku pengurusan moden. Harold Koontz pula mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui dan bersama orang lain di dalam suatu kumpulan yang sengaja diadakan.[2]Takrif pengurusan seperti ini memberitahu kepada kita bahawa pengurusan biasanya mencapai objektif dengan cara memberikan penugasan kerja kepada orang lain supaya kerja- kerja dapat dilaksanakan bagi mencapai objektif tersebut.

Pengurusan secara fitrahnya melibatkan perhubungan pengurus dengan pekerja bawahannya atau subordinat. Dalam hal ini, Stoner mentakrifkan pengurusan ialah satu proses perancangan, pengelolaan, pengarahan dan kawalan terhadap usaha- usaha ahli organisasi dan penggunaan sumber- sumber organisasi yang lain dalam usaha untuk mendapatkan matlamat yang telah ditetapkan.[3]

Menurut perspektif Islam, pengurusan ditakrifkan sebagai satu proses melakukan kerja dan menyempurnakan kerja melalui fungsi- fungsi pengurusan secara fitrah melalui dan bersama orang lain dalam usaha mencapai objektif kerja secara berkesan dan menggunakan sumber- sumber organisasi dengan cekap dalam persekitaran yang dinamik dan sentiasa berubah- ubah bagi mencapai objektif organisasi demi mencapai al- falah di dunia dan di akhirat.[4]

Pengurusan juga boleh ditakrifkan sebagai satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif- objektif organisasi atau kumpulan, gerak kerjanya termasuk merancang mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal.[5]

DEFINISI BILIK DARJAH.

Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran merupakan tempat yang terpenting yang perlu ada pada sekolah. Ia juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seseorang guru.[6]

Secara amnya, bilik darjah ialah bilik- bilik disekolah dimana sekumpulan murid atau pelajar mengikuti pelajaran atau belajar sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru. Untuk konsep yang lebih luas, bilik darjah tidak semata- mata merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi mencakupi pelajar- pelajar dan guru yang belajar dan mengajar dan berinteraksi antara satu sama lain didalamnya.[7]

DEFINISI PENGURUSAN BILIK DARJAH.

Pengurusan bilik darjah merupakan satu proses yang memerlukan guru mengurus bilik darjah agar aktiviti penagjaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan. Tugas mengurus bilik darjah termasuk juga aktiviti mengatur reka letak fizikal dan mewujudkan komunikasi dan interaksi dikalangan pelajar dan guru.[8]

Pengurusan bilik darjah juga boleh didefinisikan sebagai set tingkahlaku yang kompleks yang digunakan oleh guru untuk menetapkan, dan memastikan keadaan- keadaan bilik darjah dapat membawa ke pencapaian objektif pengajaran yang berkesan.[9]

Menurut Lee Shok Mee(1995), pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai semua tindakan guru mengendalikan kelas supaya mewujudkan suasana persekitaran yang tersusun untuk menggalakkan pembelajaran.[10]

FAKTOR- FAKTOR PENGURUSAN BILIK DARJAH.[11]

1) Manusia.

Unsur manusia merupakan perhubungan antara guru dengan murid dan perhubungan murid dengan rakan sebayanya. Aspek ini berkaitan dengan saling interaksi, tingkahlaku, syahsiah dan kerjasama antara mereka.

2) Kebendaan.

Unsur kebendaan merupakan segala alatan dan kelengkapan yang ada di dalam bilik darjah. Pengurusan dalam aspek ini melibatkan penyusunan kerusi, meja, alatan, ruang pembelajaran, buku dan hiasan dalam bilik darjah. Susunan kemudahan fizikal yang menarik dapat mendorong murid terhadap pembelajaran.

3) Operasi.

Unsur operasi pula merupakan segala aktiviti yang dijalankan oleh guru dan murid dalam bilik darjah. Pengurusan operasi secara lancar akan menjamin aktiviti pembelajaran dapat dilaksanakan dengan teratur dan sempurna.

ASPEK- ASPEK PENGURUSAN BILIK DARJAH.

Di sini penulis menetapkan empat aspek utama dalam pengurusan bilik darjah.

Pertama, iklim dan persekitaran bilik darjah. Ianya berkaitan dengan pengurusan fizikal seperti pembentukan iklim fizikal, sosial, emosi dan penyusunan bilik darjah. Sauasana fizikal bilik darjah merupakan rangka yang menentukan keadaan pembelajaran. Suasana fizikal mampu menggalakkan atau menghalang pembelajaran, dan oleh sebab inilah suasana fizikal bilik darjah harus dapat dikawal atau ditentukan oleh guru.

Perancangan dan penyusunan suasana fizikal bilik darjah melibatkan organisasi, merancang dan menggunakan perkara- perkara yang berkaitan denagn tempat duduk murid, bahan bantu mengajar, papan pameran dan berbagai- bagai perabot lain dengan sempurna.[12]

Persekitaran bilik darjah yang mendorong pengajaran dan pembelajaran tidak wujud begitu sahaja. Seseorang guru hendaklah merancang serta melaksanakan kegiatan yang boleh mewujudkan kea arah persekitaran dan iklim yang sedemikian.

Suasana bilik darjah yang harmonis membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuknya. Guru perlu bijak dalam menggunakan pendekatan- pendekatan bagi mengawal iklim dalam bilik darjah berlandaskan tahap perkembangan murid. Iklim dalam bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan murid dan guru dalam bilik darjah tersebut.

Pengurusan bilik darjah juga akan semakin baik apabila sistem penyeliaan diurus dengan berkesan. Murid- murid diberikan tugasan dalam mewujudkan iklim yang kondusif serta membantu dalam penyediaan bahan dan alatan, tugasan- tugasan yang diberikan kepada setiap murid pada setiap awal tahun secara tidak langsung ai dapat mengembangkan budaya bertanggungjawab, kerjasama serta hubungan baik antara mereka dengan guru dan sesama mereka.

Dari aspek pengurusan iklim fizikal, guru hendaklah memastikan bilik darjah itu sentiasa bersih dan kerusi mejanya teratur. Jika kelas itu merupakan kelas KBSR, setiap kumpulan mestilah tersusun sselepas setiap waktu pelajaran. Selain itu, sudut-sudut pembelajaran hendaklah diwujudkan bagi merangsang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik.[13]

Selain itu, penyusunan tempat duduk murid juga penting dalam pengurusan fizikal dan iklim bilik darjah. Walaupun tempat- tempat duduk dalam bilik darjah tidak dapat diganti atau diubah- ubah dari segi fizikal, namun beberapa perkara penting harus diawasi oleh guru.

1. Meja guru.

Pada zaman dahulu, meja guru biasanya terletak di hadapan bilik darjah. Keadaan ini memberi gambaran guru sebagai seorang pemerintah yang menguasai semua muridnya. Di kedudukan ini, semua murid dapat melihat guru, dan meja guru jelas kelihatan dari pintu darjah. [14]

2. Kerusi dan meja murid.

Penyusunan meja murid bergantung kepada umur dan keperluan murid. Ia juga harus ditentukan oleh guru. Satu cara paling mudah ialah mengaturkan tempat duduk mengikut giliran abjad nama murid. Dalam bilik darjah yang bercampur lelaki dan perempuan, penyusunan seperti ini akan mengurangkan masalah disiplin, kerana murid- murid yang sama jantina biasanya suka berinteraksi bersama, dan keadaan ini menggalakkan tingkahlaku nakal.

Penyusunan kerusi- meja murid dalam bilik darjah yang berbeza kebolehannya perlu dikawal, dan ditentukan oleh guru, kerana penyusunan ini ialah cara mengawal disiplin juga dan dengan cara itu guru harus memisahkan murid- murid yang perlu dipisahkan atau membiarkan murid yang perlu berseorangan.[15]

Dari aspek pengurusan bagi mewujudkan iklim sosial, guru hendaklah merancang pergerakan pelajar, tingkahlaku pelajar di dalam kelas semasa guru mengajar, mewujudkan kumpulan perbincangan, bertanyakan soalan, berbudi bahasa, mengadakan prosedur dalam peminjaman dan pemulangan peralatan pembelajaran.[16]

Dari aspek pengurusan bagi mewujudkan iklim emosi pula, guru perlu memiliki kemahiran komunikasi dan kelucuan penuh dengan budi bahasa untuk mewujudkan kemesraan dan empati di samping mengendurkan perasaan takut dan suasana tegang di kalangan pelajar. Ganjaran dan pujian merupakan salah satu cara yang dapat memotivasikan pelajar.[17]

Kedua, aspek komunikasi dalam bilik darjah. Ini kerana murid adalah pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah, mereka akan bersama setiap kali pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Hati mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan yang terbaik, yang melampaui tingkahlaku manusia. Terdapat perbezaan antara individu murid atau kumpulan murid dengan yang lain yang mendesak guru menggunakan yang optimum dalam pengurusan bilik darjah, dan adalah penting guru memahami tingkahlaku dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat

Pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang yang ditunjukkan oleh guru, dapat menjinakkan mereka, bercakap dengan bahasa yang lembut dan bersopan, menegur dan membetul kesilapan dengan cara yang berhemah, di samping menggunakan segala sifat mahmudah, akan mempercepatkan proses kecintaan dan kesetiaan murid terhadap gurunya, dan kemujaraban pemindahan maklumat daripada guru kepada muridnya. [18]

Kemahiran yang pelbagai perlu ada dalam diri setiap guru bagi menjamin pengurusan bilik darjah yang efektif. Salah satunya adalah kemahiran berkomunikasi dan ianya teras kepada pembentukan budaya yang positif dalam bilik darjah. Komunikasi merupakan aspek penting dalam pengurusan bilik darjah. Oleh kerana pengurusan bilik darjah melibatkan manusia iaitu guru dan murid, perhubungan antara mereka sentiasa wujud dan penting. Proses sosialisasi tidak akan di bilik darjah tidak akan berlaku sekiranya tidak wujud komunikasi.

Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej, samaada lisan atau bertulis. Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima maka komunikasi berkesan telah berlaku. Ketika guru menulis di papan hitam untuk kegunaan murid- murid maka komunikasi lisan telah berlaku.[19]

Menurut Feeney (1983) mengatakan bahawa komunikasi merupakan satu proses untuk menyampaikan maklumat, mesej atau isyarat kepada pihak lain. Proses komunikasi dibina daripada pengalaman dan persefahaman antara kedua- dua belah pihak. Tindak balas atau reaksi yang lahir daripada proses komunikasi ini adalah berpunca daripada pengalaman dan persefahaman yang wujud antara mereka.[20]

Antara ciri yang perlu ada pada seseorang guru untuk memperbaiki kemahiran komunikasi di bilik darjah ialah:[21]

  1. Mengamalkan demokrasi dalam komunikasi.

Mengamalkan prinsip demokrasi di dalam bilik darjah dapat memperbaiki komunikasi. Wujudnya amalan demokrasi dalam bilik darjah akan melahirkan suasana yang kondusif dan harmoni. Murid tidak akan rasa berasa takut atau tertekan untuk menyuarakan pendapat mereka. Mereka bebas menyuarakan pandangan walaupun pandangan mereka itu kurang disenangi oleh guru dan rakan lain.

  1. Menggunakan bahasa yang berkesan.

Bahasa merupakan media terpenting dalam proses komunikasi di bilik darjah. Mesej atau maklumat yang disampaikan oleh guru kepada murid perlu menggunakan bahasa yang berkesan iaitu tepat, jelas dan ringkas. Penggunaan bahasa yang panjang dan meleret- leret akan menyukarkan pemahaman dan mungkin akan berlakunya penyalahan tafsiran.

  1. Kesediaan untuk mendengar.

Komunikasi berlaku antara dua pihak, iaitu pemberi maklumat dan penerima maklumat. Walaupun guru merupakan orang yang terpenting sebagai pemberi maklumat di bilik darjah, guru juga perlu menjadi penerima maklumat. Kesediaan guru untuk mendengar apa yang diujar oleh murid dapat mewujudkan suasana yang baik untuk proses berkomunikasi. Murid akan lebih bersedia untuk memberi pandangan mereka sekiranya mereka mengetahui bahawa guru mereka sedia untuk mendengar.

  1. Menghormati perasaan orang lain.

Proses komunikasi juga melibatkan domain efaktif, di samping kognitif dan psikomotor. Sebagai guru, seseorang itu perlu menghormati orang lain, termasuklah menghormati perasaan atau emosinya. Murid yang tersinggung perasaannya tidak akan berkomunikasi dengan baik. Atau mungkin ia tidak mahu lagi berkomunikasi dengan guru. Guru perlu sedar akan perasaan atau isi hati muridnya agar dapat mewujudkan iklim yang sesuai untuk berkomunikasi di bilik darjah.

  1. Menyesuaikan diri dengan situasi.

Guru perlu bijak mengubah peranan mengikut kehendak situasi. Sekiranya berhadapan dengan situasi yang berbeza, guru perlu menukar cara berinteraksi yang bersesuaian dengan individu atau kumpulan berkenaan. Murid di dalam sesebuah kelas adalah terdiri daripada individu- individu atau kelompok- kelompok yang berbeza. Guru yang prihatin dan sensitif dapat menyesuaikan diri mengikut keadaan.

Ketiga, aspek pengurusan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.[22] Pengajaran dan pengurusan adalah penting dan saling berkait.Ia melibatkan perancangan guru dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dapat mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan.Peningkatan profesionalisme guru didalam bilik darjah dilihat dalam aspek kebolehan mencorak kualiti pengajaran, kebolehan menyusun organisasi pembelajaran, kebolehan mencorak iklim dalam bilik darjah dan yang berkaitan dengannya.

Bagi mencapai kecekapan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran maka perlukan kebijaksanaan dan penelitian dalam perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan refleksi. Merancang kurikulum, sukatan, huraian sukatan, bahan rujukan tambahan samaada dari buku- buku yang terdapat di kedai- kedai buku atau boleh juga diakses melalui internet.

Bagi mendapatkan pengajaran yang berkesan, seseorang guru perlu menyampaikan pengajarannya mengikut prinsip- prinsip yang tertentu.

Prinsip- prinsip pengajaran yang baik:[23]

  1. Murid- murid hendaklah dilibatkan dengan aktif di dalam proses pengajaran.

Didalam proses pengajaran guru hendaklah melibatkan murid- murid untuk menjadikan mereka aktif dari segi mental dan fizikal sepanjang masa dalam tempoh pengajaran dan pembelajaran. Dalam kebanyakkan situasi pembelajaran, murid- murid belajar dengan lebih baik lagi kalau mereka melakukan aktiviti jasmani sambil menumpukan kepada aktiviti- aktiviti mental. Umpamanya murid- murid belajar dengan lebih baik lagi tentang sesuatu pelajaran Sains kalau mereka melakukan percubaan- percubaan berbanding hanya mendengar penerangan guru sahaja. Oleh yang demikian murid- murid yang aktif melakukan aktiviti jasmani dan mental lebih baik daripada murid- murid yang hanya pasif didalam kelas.

  1. Penggunaan pelbagai kaedah didalam proses pengajaran.

Dalam proses penyampaian pelajaran tidak ada kaedah tertentu yang sesuai untuk digunakan pada setiap masa. Oleh kerana itu, guru perlu kreatif memilih kaedah pengajaran supaya murid- murid tidak bosan dan objektif pengajaran akan dapat dicapai.

Pemilihan kaedah pengajaran perlulah berdasarkan panduan berikut:[24]

  1. Kaedah yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan murid- murid yang diajar dalam bilik darjah.
  2. Guru hendaklah benar- benar memahami tentang kaedah yang akan digunakan. Pastikan kaedah ini dapat memberi kejayaan atau kesan positif dalam pembelajaran murid- murid.
  3. Kaedah yang digunakan hendaklah dapat merangsang murid- murid berfikir dan melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif.
  4. Kaedah yang digunakan hendaklah dapat memandu murid- murid untuk mencapai kejayaan.

Para sarjana Pendidikan Islam banyak memperkatakan tentang kaedah pengajaran dalam kitab- kitab tulisan mereka yang sewajarnya diikuti dan dipraktikkan oleh pendidik- pendidik Islam khususnya dan para pendidik umumnya.

Diantara kaedah- kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran ialah kaedah hafalan, syarahan, dialog, soal jawab, perdebatan, latih tubi, bercerita dan sebagainya.

3. Isi pelajaran hendaklah dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman murid

murid.

Sesuatu pelajaran yang hendak disampaikan oleh guru kurang mendatangkan kesan kepada murid- murid, sekiranya pelajaran itu jauh dari pengalaman dan pengetahuan sedia ada mereka. Pelajaran akan lebih bermakna kalau dikaitkan dengan pengalaman yang telah ada pada mereka. Dengan itu, guru perlu memastikan bahawa isi pelajaran haruslah disertakan dengan contoh- contoh yang telah mereka alami. Oleh itu, isi pelajaran akan lebih mudah difahami.

4. Pengajaran hendaklah mengambil berat tentang perbezaan individu.

Pengajaran yang baik hendaklah mengambil kira soal perbezaan antara invidu murid. Ini kerana setiap murid mempunyai keupayaan dan latar belakang yang berbeza. Di dalam bilik darjah, kumpulan murid boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu pandai, sederhana dan lemah. Manakala dari aspek latar belakang terdapat murid yang lahir daripada golongan kaya, sederhana dan miskin. Dalam hal ini, guru perlu sedar bahawa tidak boleh menggunakan corak dan kaedah pengajaran bagi semua murid. Pengetahuan terhadap adalah penting bagi membantu guru memahami kehendak dan keperluan murid yang berbeza ini. Hasilnya, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sempurna seterusnya objektif dapat dicapai.

5. Melakukan perancangan dalam pengajaran.[25]

Perancangan yang teliti haruslah dilakukan bagi setiap guru. Rancangan pengajaran hendaklah dibuat sebelum penggal persekolahan bermula. Persediaan mengajar merangkumi rancangan pengajaran harian, rancangan pengajaran tahunan, bahan bantu mengajar, kaedah dan teknik yang hendak digunakan dan lain- lain. Guru juga tidak lari dari melakukan langkah pengajaran yang memerlukan kepada modul.

Oleh kerana pengajaran merupakan satu proses, ia melalui beberapa fasa atau peringkat yang berurutan yang biasanya dibentuk dalam rancangan pengajaran tahunan. Proses pengajaran dimulakan dengan set induksi iaitu peringkat awal pengajaran. Biasanya aktiviti ini tidak memakan masa yang lama antara dua hingga tiga minit. Seterusnya diikuti dengan perkembangan isi yang ada pada beberapa langkah yang telah dirancang dan ianya berkaitan dengan objektif khusus pembelajaran. Di peringkat ini, guru perlu memikirkan aktiviti dan kaedah yang sesuai. Proses pengajaran diakhiri dengan penutup dan ianya bertujuan untuk memperkukuhkan ingatan murid terhadap pelajaran yang telah disampaikan oleh guru.

Keempat, pengurusan yang berkaitan dengan disiplin murid.[26]

Disiplin murid merupakan salah satu aspek penting yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah. Mengurus dan mewujudkan disiplin dalam bilik darjah adalah salah satu unsur utama bagi mencapai kejayaan dalam proses pengajaran pembelajaran. Tiada masalah pengajaran yang lebih mencabar guru daripada masalah disiplin. Guru yang baru mula mengajar sering merasa khuatir mengenai masalah- masalah didiplin. Ini kerana kejayaan dan kegagalan disepanjang tahun adalah bergantung kepada kebolehannya mengawal persekitaran bilik darjah.

Menurut Lindgren (1976) menghuraikan bahawa disiplin membawa maksud hukuman dan kawalan untuk mematuhi tatatertib. Disiplin juga membawa maksud latihan yang bertujuan untuk membetul dan mengukuh pelakuan seseorang.[27]

Secara umum, disiplin melibatkan cara seseorang berfikir dengan teratur supaya dapat melahirkan sifat yang rasional, mewujudkan keyakinan diri dan ketabahan hati seseorang itu untuk mengikut peraturan- peraturan yang diterima umum.

Pada hakikatnya, tidak dapat dinafikan bahawa menyingkirkan punca berlakunya masalah disiplin adalah lebih baik daripada memperbetulkan tingkahlaku yang tidak diingini. Guru perlu sedar dan peka, dalam proses seseorang individu murid itu berkembang dan membentuk kebolehan mengarahkan dirinya sendiri terdapat pelbagai pengaruh yang akan menjuruskan dirinya dalam masalah disiplin. Tiga pengaruh utama ialah pengaruh persekitaran fizikal, pengaruh melalui perhubungan diantara individu dan pengaruh yang melibatkan hubungan dengan masyarakat.

Penulis turut meletakkan punca berlakunya masalah disiplin dalam bilik darjah:

1. Guru kurang berfungsi.

Guru merupakan salah satu anggota atau kakitangan yang paling penting dalam membangunkan sesebuah masyarakat yang dipenuhi dengan modal insan yang progresif. Peranan dan sumbangannya amat diperlukan pada mana- mana peringkat samaada rendah mahupun menengah. Gagal memberi tumpuan kepada bilik darjah akan menghasilkan perubahan tingkahlaku yang negatif dalam diri murid- murid. Kesannya, akan berlaku pengabaian yang tidak formal terhadap murid yang sedia ada di dalam bilik darjah, seterusnya membawa kepada masalah disiplin.

2. Wujud kumpulan tertentu.

Bilangan murid yang ramai dalam sesebuah bilik darjah mengakibatkan wujudnya kelompok bilangan murid tertentu seperti kumpulan- kumpulan elite yang mempunyai prestasi pelajaran yang baik berbanding sebahagian yang lain. Kumpulan murid yang kurang pencapaiannya dalam pelajaran pula akan mengasingkan diri mereka kerana wujudnya perasaan rendah diri. Inilah titik tolak kepada masalah disiplin yang lain.

3. Pengajaran dan pembelajaran yang kurang berkesan.

Proses pengajaran dan pembelajaran amat penting bagi memastikan bidang pendidikan melahirkan modal insan yang berjaya didunia dan akhirat. Kegagalan guru dalam menyusun corak pengajaran yang baik akan menyebabkan tumpuan murid- murid juga gagal dicapai. Maka akan berlakulah sikap- sikap yang kurang menyenangkan didalam bilik darjah seterusnya membawa kepada masalah disiplin.

4. Halangan komunikasi.

Komunikasi adalah salah satu aspek penting dalam pengurusan bilik darjah. Kebiasaannya, murid- murid akan mengadu hal tentang ketidakfahaman mereka terhadap sesuatu topik. Kegagalan guru bagi mewujudkan komunikasi yang positif dalam hubungannya dengan murid akan mendatangkan kesan malu dan rendah diri murid kerana mereka menganggap guru kurang memberi perhatian tentang pertanyaan mereka. Biasanya, golongan- golongan inilah yang akan bermasalah didalam bilik darjah.

Oleh itu, penulis juga memberi panduan bagi mengatasi masalah disiplin di dalam bilik darjah.[28]

1. Ganjaran perlakuan yang baik.

Murid perlu diingatkan bahawa perlakuan yang positif di bilik darjah akan diberi ganjaran. Guru akan memberi perhatian kepada murid yang berkelakuan baik. Pujian yang sederhana dan berpatutan merupakan satu ganjaran yang mudah dan berkesan.

2. Penggunaan bahasa isyarat.

Guru tidak perlu memberhentikan pengajaran sekiranya terdapat murid yang tidak memberi tumpuan. Guru boleh menggunakan bahasa isyarat, seperti merenung atau menggeleng- geleng kepala kearah murid tersebut, atau menggunakan isyarat tangan agar murid memberi perhatian kepada guru.

3. Mempelbagaikan kaedah pengajaran.

Salah satu sebab murid berasa resah ketika guru mengajar adalah kerana mereka bosan dengan cara guru menyampaikan pelajaran. Murid kerap berasa jemu sekiranya guru hanya menggunakan kaedah yang sama ketika menagjar. Guru perlu berusaha mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajran agar ianya sesuai dengan keadaan dan isi pelajaran serta mampu menarik minat murid untuk mengikuti pengajaran guru.

4. Gunakan kaedah kaunseling.

Ada kalanya, masalah disiplin murid tidak dapat diselesaikan dengan mudah. Guru perlu merujuk masalah tersebut kepada guru kaunseling. Dengan latihan dan kepakaran yang ada, guru kaunseling mungkin dapat mengatasi masalah tersebut.

KESAN PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN.

Pertama, banyak kajian telah dilakukan yang mengaitkan keberkesanan pengurusan bilik darjah denagn kejayaan murid. Kajian menunjukkan bahawa pencapaian murid adalah hasil daripada pelakuan guru, seperti merancang, mengurus dan mengajar dan pelakuan murid seperti melibatkan diri, menguasai pelajaran dan menyelesaikan tugasan.

Cole (1994), merumuskan bahawa kejayaan dan keberkesanan pengurusan bilik darjah bergantung kepada empat faktor yang perlu ada pada seseorang guru, iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran merancang dan mengurus, kemahiran mengajar dan keupayaan guru menggunakan motivasi dan pengukuhan. Keempat- empat faktor ini sama pentingnya dan guru yang dapat mengurus kelas denagn baik. Ketidakberkesanan pengurusan bilik darjah ada kalanya tidak langsung berkaitan dengan perlakuan negatif murid.[29]

Kedua, pengurusan bilik darjah yang berkesan menggalakkan daya pemikiran kreatif yang tinggi dikalangan murid. Ia berkaitan dengan corak penyusunan tempat duduk dan pengaturan bilik darjah. Penggalakkan murid- murid supaya aktif didalam bilik darjah adalah bergantung kepada corak bilik darjah tersebut. Perkara ini memerluakn imaginasi guru supaya perkongsian ilmu melalui perbincangan dapat dilakukan antara mereka dengan suasana yang selesa. Papan kenyataan dalam bilik darjah juga menggalakkan pemikiran yang lebih baik sekiranya diamnfaatkan secara berkesan.[30]

Ketiga, pengajaran dapat dilaksanakan denagn berkesan. Ini kerana, kemampuan seorang guru dalam mengurus bilik darjah secara fizikal, iklim, komunikasi dan pengawala disiplin dapat memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar seterusnya objektif dan matlamat dapat dicapai.

KESIMPULAN:

Organization Chart

Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti, serta peka terhadap segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku pembaziran waktu disebabkan berlakunya pemantauan yang efektif.

Guru yang berwibawa sentiasa berfikir kaedah bagi mencapai pengurusan bilik darjah yang cemerlang, diantara perkara utama yang harus dipandang berat ialah memahami amanah yang diberikan padanya dalam kerjayanya sebagai pendidik.

Tugas guru bukan sahaja mendidik malahan lebih daripada itu sekiranya matlamat utama yang ingin dicapainya adalah melahirkan modal insan yang berkualiti dan berjaya didunia dan akhirat.

Oleh itu, semua guru dan bakal guru haruslah menitikberatkan apa yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah dari segala aspek agar matlamat dan objektif pendidikan dapat dicapai. insyaAllah.

RUJUKAN:

  1. Abd. Ghafar Md. Din(2003), Prinsip dan Amalan Pengajaran,Selangor, Utusan Publication& Distrib.
  2. Atan Long Ph.D (1980),Pedagogi Kaedah Am Mengajar, Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
  3. Ahmad Mohd Salleh (1997), Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi.Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
  4. Ee Ah Meng (2000), Pendidikan diMalaysia, Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah(edisi kedua), Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
  5. http://dukeamienerev.blogspot.com
  6. Leonard M.S Yong, Karen L (1996), Guru Yang Kreatif, Isu- Isu Teorikal & Aplikasi Praktikal, Kuala Lumpur: Arena Buku Sdn Bhd.
  7. Sharifah Alwiyah Alsagof (1983), Ilmu Pendidikan: Pedagogi.Kuala Lumpur: Helnemann Asia.


[1] Azman Che Omar(2003), Pengurusan Di Malaysia Dari Perspektif Islam,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal 6.

[2] Ibid hal 6.

[3]Ibid hal 6

[4] Op. Cit . Azman Che Omar. Hal 9.

[5] http://dukeamienerev.blogspot.com Dipetik pada: 20/2/09 12.12 am

[6] http://dukeamienerev.blogspot.com Dipetik pada: 20/2/09 12.12 am

[7] Abd. Ghafar Md. Din(2003), Prinsip dan Amalan Pengajaran,Selangor, Utusan Publication& Distrib Hal 88.

[8] Ibid. hal 88.

[9] Sharifah Alwiyah Alsagof (1983), Ilmu Pendidikan: Pedagogi.Kuala Lumpur: Helnemann Asia. Hal 55.

[10] Ahmad Mohd Salleh (1997), Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi.Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hal 269

[11] Ibid. hal 269.

[12]Op. Cit. Sharifah Alwiyah Alsagof . hal 23

[13] Ee Ah Meng (2000), Pendidikan diMalaysia, Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah(edisi kedua), Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Hal 263

[14] Op. Cit. Sharifah Alwiyah Alsagof . hal 44

[15] Ibid. hal 45.

[16] http://dukeamienerev.blogspot.com Di petik pada: 20/2/09 12.12 a.m

[17] http://dukeamienerev.blogspot.com Di petik pada: 20/2/09 12.12 a.m

[18] http://dukeamienerev.blogspot.com Dipetik pada: 20/2/09 12.12 a.m

[19] Op.Cit. Ee Ah Meng. Hal 262

[20]Op.Cit. Abd. Ghafar Md. Din. Hal 91.

[21] Ibid. hal 91-92

[22] http://dukeamienerev.blogspot.com. Di petik pada 20/2/09 12.12 a.m

[23] Atan Long Ph.D (1980),Pedagogi Kaedah Am Mengajar, Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Hal 2

[24] Ahmad Mohd Salleh (2003), Kursus Perguruan Lepasan Ijazah, Pendidikan Islam, Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran Pembelajaran, Shah Alam: Fajar Bakti. Hal 184.

[25] Op.Cit. Abd. Ghafar Md. Din. Hal 5.

[26]Op.Cit. Abd. Ghafar Md. Din. Hal 101.

[27] Ibid. hal 101

[28]Ibid. hal 101.

[29] Op.Cit. Abd. Ghafar Md. Din. Hal 98-100.

[30] Leonard M.S Yong, Karen L (1996), Guru Yang Kreatif, Isu- Isu Teorikal & Aplikasi Praktikal, Kuala Lumpur: Arena Buku Sdn Bhd.hal 89.